Wednesday 18 May 2016

KENAPA BERNIAGA ONLINE..??

Haiii.. Lama rasa tak menjenguk blog ni.. terasa teringin nak jadi keyboard warrior plak.. kat blog sendiri xapa kan..??

Ada yang nak tahu kenapa saya berniaga..? Sebenarnya banyak sangat sebab kenapa saya pilih untuk berniaga.. Dengan keadaan ekonomi yang tak stabil sekarang ni setiap orang mesti nak cari side income.. nak cari pendapatan tambahan.. untuk simpanan.. untuk perbelanjaan.. dan untuk bantu orang-orang tersayang.. kan..?

Walau apa pun niat kita untuk cari side income kalau kita tak mulakan.. kita tak membantu kan..?? Bukan jer tak membantu orang lain, malah kita tak bantu diri kita sendiri.. Biarlah start dengan kecil-kecilan.. biarlah mula dengan langkah yang kecil.. Siapa tahu, dengan langkah mula hari ni, esok-esok kita mampu berlari.. betol tak..? 

Banyak cara sebenarnya untuk cari side income..Tapi saya pilih untuk berniaga..

Sebab UTAMA saya start berniaga adalah sebab saya nak bantu
my BELOVED HUSBAND.. saling bekerjasama kan merukunkan lagi rumah tangga.. Tak semua dia jer yang nak kena keluar duit untuk belanja kan...?? Kita sebagai isteri kan lagi molek kalau boleh bantu suami, meringankan beban. At least, ada la sorang sikit simpanan.. hehe..

Sebab yang PERTAMA adalah kerana for my baby.. Alhamdulillah, bulan November 2015 saya dikurniakan cahayamata. Untuk masa depan my little Princess saya mesti ada extra income. Untuk masa depan dia, dari segi Keselamatan (Insurans), Saving, Education dan macam-macam lagi. As a Parent mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan..?? sebab tu saya mula fikir apa patut saya buat SEKARANG.

Sebab KEDUA adalah kerana saya nak cari side income. kenapa..?? gaji yang dapat xcukup ker..??
Side income saya adalah untuk SAVING.. Gaji as government officer saya guna untuk beli rumah, bayar duit kereta dan perbelanjaan lain seperti Insurans, utilities, makan minum.


Sebab yang KETIGA, sebab saya ni jenis yang MINAT BERSHOPPING. Treatment terbaik untuk wanita, penat-penat bekerja.. masuk gaji ja terussss nk shopping.. reward terbaik untuk diri sendiri kan..?? Tambah-tambah sekarang ni mudah jer.. online jerrrr..?? xada masa pegi mall pun xapa.. online dah cukup mengorek duit dalam bank tu.. hahaha.. mudahnya zaman sekarang.. ada pro n cons jugak.

Sebab yang KEEMPAT adalah untuk KEHIDUPAN YANG LEBIH SELESA. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah selama ni. Cuma kekadang tu ada jugak bulan-bulan yang kita tergelincir berbelanja kan..?? terutama bila tiba2 kereta meragam. Nak kena servis dan lain-lain.

Kenapa saya pilih untuk berniaga online untuk cari side income..??

Sebagai seorang yang bekerja saya sudah semestinya tidak punyai masa untuk lakukan kerja-kerja part time yang lain contohnya kerja di KFC, Mc D, Seven11, atau lain2 kerja part time. Disebabkan tiada masa,maka saya memilih untuk berniaga secara online.

Trend zaman sekarang membeli belah melalui online. Kebanyakkan rakyat Malaysia lebih suka membeli belah melalui online jer.. Tak buang masa dan tenaga.. Tekan tekan tekan jer dah sampai barang kat rumah.

Saya juga pengguna social media terutama facebook dan ramai pengguna laman social berniaga dan berjaya.

Nak mulakan perniagaan mesti ada modal kan..?? tapi saya tak punya modal yang besar.. Modal kecil-kecilan ada laaaaa.. jadi saya kena cari yang memerlukan kos seminima mungkin untuk start business. Sebab tu saya pilih online.. Tak perlu sewa kedai, tak perlu masa yang banyak untuk urus kedai @ business, xperlukan pekerja tambahan..

Selain itu, perniagaan online ni saya lakukan bersama-sama husband tercinta saya. Both of us can manage business ni.. saya tak sempat, dia ada untuk bantu update social media. Tak susahkan..?? Masing-masing ada Handphone, masing-masing boleh update.

kelapangan waktu untuk family bonding. Kalau bukak kedai atau kerja di mana-mana kedai untuk cari income tambahan, agak-agak ada masa ker untuk anak dan suami..?? kerja 8pgi - 5 ptg. Sabtu Ahad ja cuti.. kalau hari cuti pun kerja, lepas waktu kerja nk sambung kerja lain pulak memang tak ada la masa untuk my family.

Berniaga online ni kita tak terikat dengan masa kan..?? bila kita free kita boleh jer update media social kita pasal business tak kira tempat, xkira waktu. Tetap boleh berniaga kan..??
Setiap masa perniagaan kita berjalan. tak ada time kedai ditutup.. haaaa.. menarikkan..??

Itulah antara sebab-sebab kenapa saya pilih online untuk berniaga.. See u again dalam KENAPA SAYA PILIH TDC UNTUK MEMULAKAN BUSINESS..??



Idayani Ahmad Omar
+60 17 446 6355 (PM & Whatsapp Only)
idayaniz355@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget