Bila tengok orang Berjaya.. teringin jadi orang Berjaya.. tengok orang ada kereta mewah.. kita teringin ada kereta mewah.. tengok orang pegi melancong luar negara.. kita teringin melancong jugak..
Tu semua impian.. Tapi kita banyak tengok orang dan impian orang yang terlaksana.. Sedang impian kita sendiri entah di mana.
Best kalau dapat capai impian kita kan.. Saya berimpian nak punya income yang gemok dan dalam masa yang sama saya nak sangat ada masa untuk keluarga pergi melancong dan membeli belah. paling utama nak jugak ada saving untuk masa depan anak-anak dan hari tua.
Dalam keadaan ekonomi sekarang saya memang tak dapat nak sangkal kesusahan tu dirasa. tambah pulak saya ada hutang-hutang yang perlu dijelaskan cthnya rumah dan kereta. Setiap bulan sudah pasti ditolak dari pendapatan saya.. Macam mana nak buat saving kalau yang dapat pun cukup-cukup jer.
Kerja setiap hari 8pagi sampai 5petang. Penat.. Cukup bulan dapat gaji.. Orang lain mungkin boleh pegi shopping n do extra thing dengan duit gaji tu, tapi saya cuma cukup-cukup jer. Bertambahhhh la penatnya. Rasa kerja makan gaji ni memang tak cukup.. Dulu zaman mak ayah kita memang kalu ayah kerja sorang pun masih cukup untuk tanggung satu family. Zaman sekarang suami isteri kerja pun belum tentu cukup.
Disebabkan saya ada impian untuk mengubah ekonomi keluarga ke arah yang lebih baik saya join TDC Team untuk start perniagaan saya. Saya secara jujur tak punya ilmu dalam berniaga.. Tambah berniaga online. Saya perlukan tunjuk ajar dari seseorang.. Sebab itu saya pilih untuk berniaga dalam kumpulan. Kami tak kenal antara satu sama lain waktu saya join this group, cuma Whatsapp dan FB penghubung silaturrahim kami. Tapi terasa keakraban team ni, dan memang sentiasa support each other.
Setiap dari kami punya Impian.. Setiap dari kami ingin Berjaya.. Setiap dari kami pernah lalui kesusahan.. Setiap dari kami berazam untuk hidup senang.. Setiap dari kami punya keluarga.. Setiap dari kami nak anak-anak Berjaya dan senang.. Jiwa kami rapat antara satu sama lain.. Sebab tu group kami boleh bantu each other like family.
Saya berharap suatu hari saya boleh pencen awal.. Bersama anak-anak. Bersama keluarga pergi bercuti. Bila Impian ni akan tercapai..?? Sebab itu saya mulakan dari sekarang.. Kalau saya tak mulakan sekarang, segala impian saya tu jugak akan tertangguh dan mungkin tak kan tercapai langsung. Jadi saya mulakan langkah yang pertama hari ini, untuk terus mengorak langkah di masa depan..
Demi anak-anak tercinta.. Demi keluarga tersayang.. Demi suami yang dikasihi..
Saya atur langkah mula dengan TDC Team. Disini ramai orang-orang Berjaya, berjiwa besar, berfikiran positif. Saya kini berada dalam kumpulan yang betul dan landasan yang tepat. Alhamdulillah..
with TDC Leader Shaliza Aziz. Sesi perkongsian ilmu dan tip-tip untuk merancakkan lagi bisnes |
Ya Allah demi sesuap nasik untuk masa depan anak-anak dan keluarga, semoga Engkau permudahkan urusan hamba Mu ini dan jadikan setiap langkah ku ada Berkat Mu dan sentiasa di bawah Rahmat Mu.
Untuk Berjaya percayalah kita perlu berada diantara mereka yang Berjaya.. Duplicate apa yang mereka dah buat.. InsyaAllah kita sama akan Berjaya.. Aamin ya rabbal 'alamin
Tak salah BINA IMPIAN asal kita tahu siapa kita.. macam mana kita.. Siapa yang punya impian seperti saya orak lah langkah dari sekarang.. Kerana dengan langkah yang pertama akan mencipta langkah yang seterusnya..
Tak salah BINA IMPIAN asal kita tahu siapa kita.. macam mana kita.. Siapa yang punya impian seperti saya orak lah langkah dari sekarang.. Kerana dengan langkah yang pertama akan mencipta langkah yang seterusnya..
Idayani
Ahmad Omar
+60 17 446
6355 (PM & Whatsapp Only)
idayaniz355@gmail.com
No comments:
Post a Comment