Tuesday 23 May 2017

Jujur Tak Jujur.. Bina Kepercayaan Pelanggan

Aslmkum and hi..
Sambil sibuk2 bekerja ni, sibuk plak nak update blog.. Saja nak berkongsi cerita.. Nak bergosip tak sempat.. Kita luah dalam blog jer lah.. hehehe.. gossip ilmu laaa.. bukan pasal artis..

Tgk kat media social sekarang ni banyak sangat peniaga2 online kan..? Dulu, media social ni memang suh kita bersosial jer.. berkawan semata2.. berchating ngn kawan2.. sekarang ni ramai yang dah guna ruang dan peluang untuk berniaga. bagusssss...!! Cari duit sekarang ni mudah jer tak payah keluar rumah, kerja tengah panas, terkejar2 masa.. boleh jer cari duit melalui berniaga.. dulu berniaga kena ada kedai, kena jaga kedai, kena buka tutup kedai.. sekarang ni dengan kemudahan internet dan media social dah tak perlu semua tu. Duduk rumah, on handphone, on internet, log in media social pilihan anda.. Facebook kerrr.. Instagram kerrr.. Dah boleh buat marketing berniaga.. Senang kan..??
Modal pun tak tinggi..


Iklan barang di FB atau IG pastu nanti ada la org PM (personal Message) tanya pasal barang kita promote dan tup tap tup tap berbalas mesej kejap, pastu check kat bank duit dah masuk..

Dengar macam mudah kan..??
Pernah tak kita pergi kedai, nak beli barang, kita masuk survey dulu.. tanya harga, tanya pasal barang, tanya itu ini dulu dengan tokey kedai atau assistant dia.. pastu kita keluar tanpa buat sebarang pembelian..?? mesti la pernah kannnnn..???

Macam tu jugak la berniaga online.. kadang2 menjawab msg org berjela2 at last krik krik krikkk jer.. kadang-kadang tak yah cakap banyak.. Tau2 org PM nak beli & mintak no akaun nak bank in..

Kenapa macam tu..? sebab pembeli2 online pun nak servey jugak la barang yang dia nak beli.. bukan main cekau jer.. nak check harga dulu.. kos postage lagiii.. boleh COD tak.. Kualiti produk tu penting.. Keberkesanan produk.. macam2 lagi..

Haaaaa.. Disini jugak lah para penjual2 online sekalian kena JUJUR.. kat part mana nak kena jujur..?? Part PENERANGAN PASAL PRODUK.. Keberkesanan produk.. Kadang2 buyer tak kisah sangat bab harga.. Dia pentingkan Quality of Product. Dia nak tau produk yang dibeli berkualiti tak..? berkesan tak..?? Tambah2 kalau harganya quite mahalll.. Kalau akak sendiri pun akak nak yang berkualiti.. Yang berkesan..

Macam mana nak build Trust dengan pelanggan kalau kita sendiri tak tau kualiti produk kita.. tak tau produk yang nak dijual tu berkesan atau tak.. Kalau tak boleh nak build trust itu lah  yang pelanggan akan krik krik krik tuuu..

Sebelum buat penjualan kena pastikan produk kita tu berkualiti.. JUJUR..!!
Jangan sebab nak jual, nak untung kita main jual jerrr.. Selain daripada mencuba sendiri dulu produk yang nak dijual, uji keberkesanannya pada kita.. Buat testimony dari previous customer.. ni penting untuk pastikan produk tu betul2 berkesan.. betul2 membantu pelanggan kita.. betul2 memuaskan hati pelanggan kita..

Bila ada testimony yang banyak dan diri sendiri pun dah tau keberkesanannya senang la kita nak cerita pasal produk tu.. Senang la kita nak bina kepercayaan pelanggan kita.. bila dah kepercayaan tehadap produk terbina baru la penjualan dapat dihasilkannnnn.. Yang PENTING dan PALING PENTING adalah JUJUR. Jgn TIPU pelanggan kita semata2 nak buat jualan dan nak kaut untung..

Untung kalau RM100 tapi sekali jer dapat tak berbaloi berbanding untung RM20 tapi berpanjangan. betul tak..???

Kalau jual bedak, bedak tu kena sendiri pakai dulu.. kalau jual ubat kurus, kena sendiri amal dulu.. kalau jual jamu, diri sendiri kena makan dulu.. kalau jual tudung, kena diri sendiri pun pakai tudung tu.. kenapa..?? baru la kita kenal produk kita.. Ini cerita pung pang pung pang.. itu ini.. bagus itu ini, hakikatnya diri sendiri pun tak kenal produk sendiri.. baru JUJUR berganda..

Testimoni Customer pun penting tau.. bila dah buat jualan risik2 la customer kita tu.. tanya macam mana produk kita tu.. Kumpul semua2 dan rajin2 la buat testimony.. Hebahkan lah di media2 social korang tu.. Marketing paling mudah..

Semua peniaga nak tee up produk sendiri kan..?? semua nak bagi tau produk saya bagus.. produk saya berkesan.. tapi macam mana..?? kita dah cuba, dah pakai, dah amalkan kita tahu produk kita betul2 berkesan dan terbaik.. Haaaaa.. support dari testimoni2 tu la yang akan membantu.. Tapi ingattttt.. kita ada hemah.. kita ada adab, jangan sesekali tee down produk orang lain.. jangan buruk2kan produk orang lain.. tak mo tak moooo... kita peniaga yang JUJUR kan...??

Sekian celoteh saya utk seketika ini.. InsyaAllah kita jumpa in next entry..

Jom kumpul Testimoni.. ada dua tiga jer..?? macam mana nak ada banyak testimony..?? bukan cara menipu.. bukan cara buat sendiri testimony.. next entry keyyyy..

bye..








No comments:

Post a Comment

Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget