Bersandarkan hadis
nabi:
Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Sekiranya
di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat,
maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa
menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat
Imam Ahmad]
Pengajaran hadith ialah bukan hasil menjadi ukuran. Apa
yang menjadi ukuran pada Allah ialah sejauh mana usaha yang kita lakukan.
Kerana apa? Kerana segala hasil ialah di tangan Allah. Apa yg kita mampu
lakukan hanyalah usaha dan tawakal.
Kepada
sesiapa yang pernah terlintas untuk berusaha demi masa depan keluarga, demi
anak-anak tersayang, demi mereka yang dicintai dan dikasihi ibu dan ayah, jangan
pernah mengalah dan berhenti untuk berusaha.. kerana setiap usaha itu pasti ada
hasilnya.. kita berusaha dengan niat yang betul kerana Allah Ta’ala, demi
menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim, seorang anak,
seorang isteri , seorang suami, seorang ibu dan seorang ayah..
Bukan hasil
menjadi ukuran tetapi betapa gigihnya usaha kita untuk melunaskan tanggungjawab
yang telah di amanahkan kepada kita oleh Allah S.W.T. Allah Maha Melihat dan
Maha Mengetahui setiap apa yang dikerjakan oleh hambanya.
Hanya Dia
yang layak menentukan hasil di atas segala usaha kita. Di dalam usaha kita
terkadang kita juga diuji dengan beribu dugaan. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan
sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita.
Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita,
belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang
diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah
menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan
sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang
tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita.
Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
Semua usaha
pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti
bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong
dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah
Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu.
Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat dan berusaha
menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah
dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan
pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada
makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar
dan solat.
Ingatlah
firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah,
nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari
arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah
nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Cuba lah
berusaha dengan pelbagai cara, kerana pengetahuan kita tentang masa depan kita
adalah sangat terbatas, sesungguhnya Ilmu dan Pengetahuan Allah sangatlah Luas.
Allah pasti membuka jalan seluasnya bagi orang yang berusaha kerana Allah dan
tanggungjawab yang diberikan oleh Allah..
Kita Tidak
Mahu Mati dalam kepapaan.. Tetapi Mati Dalam Kepapaan Adalah Lebih Mulia dari
Mati tanpa Sebarang Usaha.
Jihat kerana
Allah, demi masa depan kita dan keluarga.
Jika kita
dalam kesusahan, jangan mencari salah siapa yang menyebabkan kita susah.. Jangan
menuding jari pada takdir. Sebaliknya berfikirlah di mana cara dan langkah yang
kita harus lakukan untuk mengubah nasib dan takdir kita.. apa yang kita sudah
lakukan demi mengubah nasib itu.
Kenapa kita
masih di situ, sedangkan kita boleh memilih dan mencari jalan
penyelesaiannya..?? kenapa kita masih bertahan untuk hidup susah sedangkan
usaha itu pilihan kita..?
Buka minda
dan hati kita, luaskan pandangan dan lapangkan dada.. fikirkan usaha jangan
pikirkan masalah.. Jadikan masalah sebagai faktor penolak supaya kita kekal
berusaha dan terus berusaha sehingga masalah yang kita hadapi dapat
diselesaikan. InsyaAllah.. Dengan Izinnya.
Jangan
pernah lupa Allah, Solat untuk kekalkan hubungan kita dengan Allah.. Solat
taubat dan mohon keampunan Allah.. Berdoalah selalu untuk bersihkan diri dari
sifat riak dan melahirkan sifat rendah diri.. Jika dengan Allah kita sombong,
macam mana Allah nak bantu kita..
Wallahu’alam.
JANGAN
PERNAH BERHENTI BERUSAHA..!! WALAU BUKAN HASIL DI TUAI SEKARANG, PASTI AKHIRAT
ADA HASILNYA.
KEEP POSITIVE
MINDSET
No comments:
Post a Comment