Motivasi semakin berkurang..?? Jika kita memahami kenapa ia boleh terjadi, kemungkinan besar, kita boleh menghalang daripada motivasi diri kita berkurangan bahkan meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Jadi, disini saya nak kongsi 5 sebab ramai orang kehilangan semangat mereka.
1. Kita Mengharapkan Result Yang Terlalu Laju
1. Kita Mengharapkan Result Yang Terlalu Laju
Kita hidup di dalam arus permodenan yang sangat pesat berkembang. Sangat laju. Bayangkan, taip apa-apa sahaja dalam Google, sekelip mata sahaja kita akan dapat jawapan, bayangkan, lajunya bagaimana. Jadi kita sendiri telah terbiasa dengan keinginan mempunyai sesuatu dalam jangka masa yang pendek.
Satu trik yang saya belajar adalah merangka perjalanan kita. Tulis step by step matlamat anda, dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, inginkan RM10,000 hasil jualan. Nak jual macam mana? FB? dah ada ilmu nak gunakan Facebook? Dah bersedia untuk belajar? Ingat, rangka perjalanan anda. Melihat satu demi satu apa yang dicatat tercapai, awak akan pasti lebih bersemangat.
2. Cabaran Yang Datang Bertalu-Bertalu
Ini perkara BIASA. Ingat saya cakap ni... >>> BIASA..!! Namun pastinya ia bukan sesuatu yang sepatutnya menghalang kita. Jika kita terjumpa dengan satu cabaran, apa yang kita perlu buat adalah bertenang, buat sedikit kajian/research (Atau bertanyakan pendapat orang lain) agar kita boleh lompat mengatasi cabaran tersebut.
3. Kita Dah Tidak Kisah Langsung
Ingat kenapa kita bersemangat awal-awal dahulu. Untuk keluarga, untuk si suami, untuk anak-anak. Senang kata, YOUR BIG WHY. Bayangkan apa yang ada di hujung kehidupan kita jika kita kekal berputus asa.
Berkongsi masalah dengan seseorang. Jika kita perasan yang kita kurang tenaga, apa yang kita perlu buat sebenarnya adalah untuk ada tempat mengadu. Samada rakan karib, isteri atau suami, ataupun orang yang anda percaya.
4. Kita Tidak Pasti Adakah Perniagaan Kita Sebagus Yang Kita Sangka.
Fikirakan Boleh - Think Positive. Pernahkah anda dengar tentang kuasa bayangan? Secara asasnya, kuasa bayangan bermaksud, apa yang kita selalu fikirkan, itu yang kita akan dapat. Jika kita selalu fikirkan kita sakit, miskin, tidak berjaya, jadi, itu yang kita akan selalu dapat. Namun jika kita selalu fikirkan yang kita akan berjaya, kaya dan sihat. Jadi berjaya, kaya dan sihat lah yang kita akan dapat. Dengan erti kata lain, fikirkan yang kita boleh, kejayaan yang akan datang kepada kita.
5. Kita Melihat Orang lain Menjual sesuatu Produk Dan Mereka Kelihatan Buat Dengan Lebih Bagus.
Sebenarnya, melihat ada ramai orang menjual produk SHOM adalah sesuatu yang sangat bagus! Ini kerana, sudah terbukti bahawa sudah ada pasaran yang besar. Hanya tinggal untuk kita meletakkan usaha yang sama atau melebihi usaha yang orang lain lakukan. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Bergantung kepada usaha dan sekerap mana kita berusaha untuk Berjaya dan dapat apa yang kita hajati dalam hidup ini.
Yang paling utama KEKALKAN DIRI DALAM MOTIVASI.. cepat-cepat recover jika diri terasa Down.. the simple quote yang selalu kena ada dalam diri untuk remind " KALAU ORANG BOLEH BERJAYA KENAPA TIDAK KITA.."
USAHA SEHINGGA BERJAYA
Yang paling utama KEKALKAN DIRI DALAM MOTIVASI.. cepat-cepat recover jika diri terasa Down.. the simple quote yang selalu kena ada dalam diri untuk remind " KALAU ORANG BOLEH BERJAYA KENAPA TIDAK KITA.."
USAHA SEHINGGA BERJAYA
Idayani Ahmad Omar
No comments:
Post a Comment